.

.
.

4/16/2015

Perakaunan Susah?

Perakaunan susah?
Tak minat lar Perakaunan....

Ini lah yang selalu difikirkan oleh para pelajar terhadap subjek Prinsip Perakaunan.Ramai yang mengelak daripada mengambil jurusan perakaunan kerana memikirkan kesusahan subjek ini.

Sebenarnya,subjek Prinsip Perakaunan teramatlah senang.Apatah lagi senang untuk skor sebab senang untuk mendapat markah.Ingat,setengah markah mampu membezakan antara lulus atau gagal,A atau B.

Aku cerita pengalaman sendiri sewaktu zaman sekolah dulu. Aku pun macam kalian juga dulu,tak suka subjek Prinsip Perakaunan. Berkeras sangat aku minta gugurkan subjek Prinsip Perakaunan daripada cikgu .Siap rancang nak tukar sekolah lagi. Mana tidaknya peperiksaan pertama dapat 5 markah jer dari 100. Cikgu aku tu siap sumpah aku bahawa aku tak boleh dan tak akan lulus subjek ni. Pada awalnya aku down, semangat aku hilang, tapi lama kelamaan aku rasa tercabar dengan cikgu tu selepas masuk tingkatan 5. Ini disebabkan memang dah tak boleh nak gugur sebab dah daftar dalam slip SPM. Terpaksa juga aku tempuh. 

Dah dekat nak SPM aku belajar sungguh-sungguh Prinsip Perakaunan dan dengan secara tiba-tiba hati ku terdetik mengatakan "accounting ni senang jer rupanya". Lepas aku kenal debit kredit semua tu rasanya takde lar susah mana akaun. Aku duduki peperiksaan dengan tenang dan hasilnya....?. Dapat lar juga A-. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat setimpal dengan usaha yang aku lakukan selama ni. 


Selepas tu, niat aku memang dah tak nak sambung lar belajar accounting, nak sambung enggineer jer sebab cita-cita aku nak hidup dengan mesin. Oleh kerana result tak gempak, tak dapat lah aku menyambung ke IPTA bidang engine. Apa yang aku dapat ialah jurusan perhotelan, benda tu aku tak tau apa benda jadi aku reject je lar dan ambil keputusan sambung tingkatan 6 secara terpaksanya.


Dah masuk tingkatan 6, ambil pulak sastera, jauh beza dengan kejuruteraan ibarat langit dan bumi dan lepas tu aku tahu aku memang dah kena lupakan kejuruteraan. Dah belajar sampai 6 atas, aku terfikir, ijazah apa aku nak ambik nanti ?. Aku keliru, sastera memang aku tak minat ler sebab kena baca-baca. Apa yang aku nampak cuma bidang bisnes. Jadi target aku lepastu nak sambung jurusan bisnes. Belajar betul-betul, ambil STPM, Isi UPU dua kali. Lepas tu dapat, dengan nasibnya, dapat ISM Perakaunan bidang yang mana dulu aku belajar betul-betul untuk masa kejap tu. Bidang yang memang aku niat tak nak sambung dah.


Lepas masuk degree. Apa jadi?. Aku blurr, bersaing pulak dengan budak-budak pandai. Aku ketinggalan jauh dengan mereka. Bagi mereka akaun terlalu senang dan aku ambil keputusan belajar betul-betul dan rajin lar sikit. Bila belajar betul-betul, lama-lama rasa apa yang orang cakap accounting susah ni tak ada lah betulnya. Rasa biasa jer dan markah aku boleh dikatakan okay lar. 


Disini aku dapat tahu, bahawa sebelum ni aku terlampau takut dengan cabaran. Nak benda mudah jer semua sampai takut nak hadapi benda yang susah yang boleh buat kita ni jadi lebih hebat. Jadi apa aku nak cakap janganlah takut nak hadap akaun ni. Jangan lar dengar orang cakap ni susah, tu susah. Sebaliknya kita hadap lah sendiri baru kita tahu benda tu susah ke senang. So, Think Positive Bhai.

17 comments:

  1. Assalamualaikum..Jazakallahukhair atas info ni.. mmg dh give up. tp bila bca update kt blog En.Faiq ni, trus bersemangat kembali.. hehe.. thanks so much n izin share ye. ☺

    ReplyDelete
  2. Tu la masaalah ank2 Melayu ttg Perakaunan..lum ape2 dah lemau dan x minat.. sedangkan dgn perakaunan tu la ada ank2 Melayu jadi CEO sykt2 besar di KL nuh..so jiwa kena besar, mental kena kental ambil perakaunan bukan shj degree level tetapi profesional barulah korang jadi budak2 Melayu yg Gempak dn Cool...

    ReplyDelete
  3. Tu la masaalah ank2 Melayu ttg Perakaunan..lum ape2 dah lemau dan x minat.. sedangkan dgn perakaunan tu la ada ank2 Melayu jadi CEO sykt2 besar di KL nuh..so jiwa kena besar, mental kena kental ambil perakaunan bukan shj degree level tetapi profesional barulah korang jadi budak2 Melayu yg Gempak dn Cool...

    ReplyDelete
  4. Thanks bro untuk content ni, rasa srmangat sikit. Semoga bro dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yg same daripada form 4 sampai lah f6.. Degree? X tahu lagi cam ne.. Haha.. Tapi inspired betul dgn cerita ni sbb hadapi pwngalaman yg same sblm ni.. Great..

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kalau terlepas semua subjek form4 and baru masuk kelas akaun masa form5 nanti boleh buat x akaun ni nanti

    ReplyDelete
  7. saya nak jadi pelukis digital tapi masuk kelas akaun. tak tau dh nk buat apa hm.TT

    ReplyDelete
  8. saya nak jadi pelukis digital tapi masuk kelas akaun. tak tau dh nk buat apa hm.TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik..kenapa tk msuk dlm diploma art/graphic or multimedia?nak tau details bole roger sis..011-16930576

      Delete
  9. good sharing dik..betui tu..akaun ni penting...tp jika tk dpt smbung jgn putus asa k..akak nak invite jika ada adik2 berminat nak tau program pendidikan awal kanak-kanak dan program pembantu pendidikan-under UPSI-bole roger sis 011-16930576-sis bg details nt jika ada brminat..tenkiuu share yaaa

    ReplyDelete
  10. asslkm ada buat kelas akaun tak?

    ReplyDelete
  11. assalam saya tahu blog ni dah 6 tahun lepas tapi nak tanya macam mana abang boleh cover form 4 punya topic sekali in 1 year?Apa steps yang abang buat to recover balik accounts form 4? pls response i really need ur help sebab saya nak recover balik acc saya yang form 4 since SPM saya in 2021

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah bila saya baca blog ni, rasa macam ada semangat balik. sebab saya taktau nak ambil degree acc ke tak padahal dah pernah belajar masa sekolah dulu tapi tak amik waktu stpm je. jadi saya takut saya tak boleh nak bawa. doakan saya boleh bawa course ni

    ReplyDelete
  13. mana lagi susah antara accounting dengan engineering?

    ReplyDelete
  14. Aslm saya lepasan spm. Saya nak sambung acc tpi ada mts (m) . Soalan saya , ada kene mengena ke acc dgn mts . Saya minat acc tapi saya x minat mts dan saya tak yakin😢.

    ReplyDelete