.

.
.

4/16/2015

Kerjaya dalam perakaunan

Menurut buku bertajuk ''Fundamental Accounting Principles'' terbitan Mc-Graw-Hills dalam halaman muka surat 7 menyatakan bahawa seorang pelajar kursus perakaunan bukan sahaja boleh jadi seorang akauntan, malahan boleh jadi macam-macam. Buku tu cakap lah, bukan aku yang cakap sebab aku masih ikut skema buku :p

Dalam bidang perakaunan, peluang untuk kerja sangat luas. Kita boleh kerja dalam bahagian kewangan, pengurusan, cukai dan sebagainya yang berkaitan dengan perakaunan. Senang cerita aku ringkaskan lah ek

Financial (Kewangan):

  • Preparation Finance Statement
  • Analysis Finance
  • Auditing
  • Regulatory
  • Consulting
  • Planning
  • Criminal Investigation


Managerial (Pengurusan):

  • General Accounting
  • Cost Accounting
  • Budgeting
  • Internal Auditing
  • Consulting
  • Controller
  • Treasurer


Taxation (Cukai):

  • Preparation 
  • Planning
  • Regulatory
  • Investigations
  • Consulting
  • Enforcement
  • Legal services
  • Estate plans


Accounting-Related:

  • Lenders
  • Consultants
  • Analysis 
  • Traders
  • Directors
  • Underwriters
  • Planners
  • Appraisers
  • FBI Investigators
  • Market researchers
  • System designers
  • Merger services
  • Business valuation
  • Forensic Accounting
  • Litigation support
  • Entrepreneurs 



Menjadi seorang pelajar perakaunan, kitorang bukan sahaje diajar tentang akaun, tapi kitorang diajar ilmu ekonomi, ilmu dalam bisnes, ilmu dalam matematik dan ilmu agama. Jadi sebab tu lah selain menjadi akauntan, kami boleh jadi macam-macam. Hehe macam iklan dalam astro MACAM-MACAM ADA..




Untuk kawan-kawan yang was-was dalam memilih bidang yang ingin diceburi

Disini saya ingin kongsikan sedikit mengenai doa semasa Solat Istikharah. Bagi kawan-kawan yang pening atau keliru nak buat keputusan nak sambung bidang apa boleh lakukannya. Solat sunat ni bukan saja nak tentu bidang apa jer. Macam-macam benda lain lagi yang dalam hidup ni. Contoh seperti nak pilih suami atau isteri yang terbaik ke. Tapi ingat kawan-kawan, kita tak pernah salah dalam membuat pilihan, kita cuma perlu mecorakkan yang terbaik jer untuk pilihan kita tu.

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".




Abang Nak Bercerita Kenapa Ambil Perakaunan

Peluang Pelajaran Dalam Bidang Perakaunan

Pelajar lepasan SPM masa kini digalakkan menceburi bidang profesional di peringkat awal lagi.. Ada beberapa laluan utama yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan atau yang berkaitan dengan perakaunan.
  1. Sambung terus ke tingkatan 6 – keutamaan kelas yang ada menawarkan subjek Perakaunan STPM dan/atau Ekonomi STPM
  2. sambung terus ke Matrikulasi KPM aliran Perakaunan
  3. Sambung terus ke program asasi (foundation) perakaunan di IPTA atau IPTS
  4. Mengikuti program Diploma Perakaunan di IPTA atau IPTS – selalunya bagi tempoh 3 tahun.
  5. Terus ke program profesional Perakaunan ACCA di IPTA/IPTS tertentu – contohnya PolyTech MARA ada menawarkan program profesional ACCA, selain dari program diploma perakaunan.
  6. terus belajar peringkat LCCI sahaja sambil bekerja – selalunya ada pusat latihan dan peperiksaan LCCI boleh didapati di bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk lokasi terperinci, rujuk sesawang LCCI Asia-Malaysia.
Kelebihan laluan no.5 di atas, ia setanding dengan pemegang ijazah perakaunan, malahan lebih baik lagi. Tetapi ianya tertakluk kepada kesinambungan anda menjadi ahli pertubuhan perakaunan itu dan dianugerahkan lesen perakaunan menurut Akta Akauntan 1967. Jika anda terlucut kelayakan keahlian, maka status akauntan ACCA anda turut terjejas. Dalam hal ini, maka memperoleh ijazah perakaunan lebih selamat dan menjamin kekekalan status sebagai profesional accountant.
Dalam hal Public Accountant, tidak menghairankan ada yang bermula dengan belajar di peringkat Ijazah perakaunan sebelum turut mendapatkan kelayakan ACCA untuk tahap lebih tinggi dan untuk pengiktirafan tertinggi.
Laluan no.1 hingga no.4 bolehlah dianggap laluan transit, kerana secara teknikal anda belum lagi memegang ijazah perakaunan. Selepas tamat pengajian STPM, matrikulasi, asasi atau diploma, barulah anda boleh memohon sambung belajar ke peringkat sarjana muda perakaunan/ijazah perakaunan/bacelor perakaunan (nama-nama degree itu mengikut IPTA masing-masing).
Apa yang perlu diperingkatkan ialah kepada pelajar yang mengikuti program tingkatan 6. Awak sebaiknya belajar subjek EKONOMI dan Perakaunan dan mendapat gred STPM minimum B+. Lagi tinggi lagi baik. Ianya menjadi jaminan anda ditawarkan ke ijazah perakaunan. Subjek-subjek aliran sastera tidak dapat menggantikan kedua-dua subjek tersebut atau mempunyai nilai kukuh menggantikannya. Sebagai contoh, ada IPTA boleh menerima subjek Geografi STPM sebagai syarat kelayakan gantian untuk subjek  Ekonomi atau Perakaunan asalkan mempunyai gred B ke atas. Tetapi dari segi persaingan, janganlah hairan jika lebih ramai pelajar lepasan STPM yang sambung belajar ke bidang perakaunan adalah yang mengambil subjek ekonomi dan perakaunan. Dalam kebanyakan kes, subjek seperti geografi diguna sebagai syarat kelayakan mengganti perakaunan tetapi subjek ekonomi mesti diambil oleh pelajar STPM tersebut. Permohonan hanya akan dilayan jika syarat dipenuhi.
Begitulah sedikit sebanyak, pandangan, maklumat dan cadangan saya sebagai panduan pelajar lepasan SPM untuk memutuskan apakah hala tuju mereka seterusnya. Semoga berjaya.

Laluan Nak Jadi Chartered Accountant

Perakaunan Susah?

Perakaunan susah?
Tak minat lar Perakaunan....

Ini lah yang selalu difikirkan oleh para pelajar terhadap subjek Prinsip Perakaunan.Ramai yang mengelak daripada mengambil jurusan perakaunan kerana memikirkan kesusahan subjek ini.

Sebenarnya,subjek Prinsip Perakaunan teramatlah senang.Apatah lagi senang untuk skor sebab senang untuk mendapat markah.Ingat,setengah markah mampu membezakan antara lulus atau gagal,A atau B.

Aku cerita pengalaman sendiri sewaktu zaman sekolah dulu. Aku pun macam kalian juga dulu,tak suka subjek Prinsip Perakaunan. Berkeras sangat aku minta gugurkan subjek Prinsip Perakaunan daripada cikgu .Siap rancang nak tukar sekolah lagi. Mana tidaknya peperiksaan pertama dapat 5 markah jer dari 100. Cikgu aku tu siap sumpah aku bahawa aku tak boleh dan tak akan lulus subjek ni. Pada awalnya aku down, semangat aku hilang, tapi lama kelamaan aku rasa tercabar dengan cikgu tu selepas masuk tingkatan 5. Ini disebabkan memang dah tak boleh nak gugur sebab dah daftar dalam slip SPM. Terpaksa juga aku tempuh. 

Dah dekat nak SPM aku belajar sungguh-sungguh Prinsip Perakaunan dan dengan secara tiba-tiba hati ku terdetik mengatakan "accounting ni senang jer rupanya". Lepas aku kenal debit kredit semua tu rasanya takde lar susah mana akaun. Aku duduki peperiksaan dengan tenang dan hasilnya....?. Dapat lar juga A-. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat setimpal dengan usaha yang aku lakukan selama ni. 


Selepas tu, niat aku memang dah tak nak sambung lar belajar accounting, nak sambung enggineer jer sebab cita-cita aku nak hidup dengan mesin. Oleh kerana result tak gempak, tak dapat lah aku menyambung ke IPTA bidang engine. Apa yang aku dapat ialah jurusan perhotelan, benda tu aku tak tau apa benda jadi aku reject je lar dan ambil keputusan sambung tingkatan 6 secara terpaksanya.


Dah masuk tingkatan 6, ambil pulak sastera, jauh beza dengan kejuruteraan ibarat langit dan bumi dan lepas tu aku tahu aku memang dah kena lupakan kejuruteraan. Dah belajar sampai 6 atas, aku terfikir, ijazah apa aku nak ambik nanti ?. Aku keliru, sastera memang aku tak minat ler sebab kena baca-baca. Apa yang aku nampak cuma bidang bisnes. Jadi target aku lepastu nak sambung jurusan bisnes. Belajar betul-betul, ambil STPM, Isi UPU dua kali. Lepas tu dapat, dengan nasibnya, dapat ISM Perakaunan bidang yang mana dulu aku belajar betul-betul untuk masa kejap tu. Bidang yang memang aku niat tak nak sambung dah.


Lepas masuk degree. Apa jadi?. Aku blurr, bersaing pulak dengan budak-budak pandai. Aku ketinggalan jauh dengan mereka. Bagi mereka akaun terlalu senang dan aku ambil keputusan belajar betul-betul dan rajin lar sikit. Bila belajar betul-betul, lama-lama rasa apa yang orang cakap accounting susah ni tak ada lah betulnya. Rasa biasa jer dan markah aku boleh dikatakan okay lar. 


Disini aku dapat tahu, bahawa sebelum ni aku terlampau takut dengan cabaran. Nak benda mudah jer semua sampai takut nak hadapi benda yang susah yang boleh buat kita ni jadi lebih hebat. Jadi apa aku nak cakap janganlah takut nak hadap akaun ni. Jangan lar dengar orang cakap ni susah, tu susah. Sebaliknya kita hadap lah sendiri baru kita tahu benda tu susah ke senang. So, Think Positive Bhai.